BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Search This Blog

Monday, November 15, 2010

coretan terakhir bagi sem ni...

eh,ni bukan tangan aku tau ni...

lebih kurang camnilah ramainya orang yang jawab exam dalam dewan tadi,boleh pulak aku dapat tempat belakang sekali....tapi best lah kan daripada duduk depan sekali:P

tadi merupakan perjuangan terakhir aku menjawab exam bagi sem ni...aduh! pelbagai rintangan dan dugaan yang aku hadapi sepanjang menempuh sem ni..tahun depan masuk sem 3 tahun 2 degree..lamanya aku ni blaja kat sini wei....sabar je lah...nak jadi pendidik bukan boleh sehari dua...tahun depan juga umur akan berginjak naik...7 januari tahun depan genaplah aku mencecah 21tahun....rasa muda lagi kan...haha...hargailah masa muda sebelum ianya berakhir...tapi laluinya dengan penuh waspada dan berhati-hati kerana dugaan zaman muda inilah merupakan dugaan dan cabaran yang paling besar sekali dalam peringkat peralihan ke alam dewasa...21 tahun dah masuk alam dewasa ke?em,masih kategori young adult....

exam terakhir tadi adalah paper fundamental movement atau dalam bahasa mudahnya,pergerakan asas...haha...dalam bahasa melayu macam senangnya bunyinya kan....aku dengan tak sihatnya hari ni kerana mengalami serangan penyakit yang memang menyakitkan dan menyeksakan jiwa dan batinku iaitu period pain.namun,aku terpaksa jua tabah mengaharunginya walau kudratku tidaklah seberapa..tetapi disebabkan kesakitan yang melampau dan mencucuk2 sendi dan tulang-temulangku,aku terpaksa beredar dari dewan peperiksaan terlebih awal..(padahal aku dah tak tahu nak jawab apa dah,tu aku blah je dari situ)...mood exam aku sebenarnya dah lama berkubur..fikiran aku lebih menjurus kepada nak balik ke rumah...welcome home cyberjaya...esok insyaAllah sampailah aku ke rumah aku yang tercinta...cerita pasal exam tadi,peluh keringat sudah mula menitik2 dan hampir jatuh ke kertas soalanku...tempat duduk aku dah la belakang sekali dengan cahaya matahari yang tepat memancar ke arah aku membuatkan tumpuan aku entah ke mana....hilang bersama angin sepoi-sepoi bahasa yang ditepis oleh sinaran suria yang menghangatkan lagi dewan yang memang sudah sedia hangat itu ( dah la memang tak de aircond,kipas pulak jauh dari tempat aku...seksa2)..

kerana itulah aku rela dalam keterpaksaan melabuhkan tirai peperiksaan aku terlebih awal daripada calon-calon yang lain kerana tidak tahan menepis kekecewaan batinku yang meronta-ronta inginkan angin daripada kipas bilik aku yang sentiasa berputar dengan lajunya...tanpa menoleh ke belakang,aku tekad pergi dari situ dan hanya menuju ke satu destinasi yang sentiasa berlegar2 di dalam benakku iaitu bilik akulah untuk menghamparkan diri di atas katil ku yang tilam nya tidaklah seempuk yang aku sangka...(tilam asrama lah katakan)..namun aku redha,sesungguhnya tilam itu telah memberi banyak manfaat kepada pelusuk kehidupan ku di maktab ini yang sudah usang dan mungkin boleh dijadikan muzium dan artifak negara...opsss!!!!aku pasrah, sesungguhnya mungkin ini merupakan dugaan dan cabaran bagi melahirkan insan guru yang berkualiti di masa hadapan....sesungguhnya,memang aku tak sabar pulang ke rumah bertemu keluarga yang setia menanti kepulanganku tetapi apakan daya tiket aku lah yang paling last sekali iaitu pukul 4 petang....akulah insan yang terakhir meninggalkan maktab ini seperti berat kaki ingin melangkah (padahal aku tak sabar nak blah dari sini cepat2)...semoga coretan terakhir ku pada sem ini,menjadi satu kenangan yang boleh aku simpan pada sem2 yang akan datang....

tadaaa!!!ni lah gambar aku semasa buat ujian amali pergerakan asas dulu...kena buat 20 station pergerakan asas....exam ni pulak untuk teori pulak...

ni pulak pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan bangau..dah berpeluh2 aku cuba buat muka macam bangau ni
naik juling mata aku nak sambut bola ni....
pewiitt...boley lah aku catwalk lepas ni...


sekian,terima kasih....:P tak kan nak letak sumua gambar 20 station kot.....

pesanan pihak penaja-aksi ini berbahaya!jangan melakukan aksi ini tanpa kawalan ibu bapa.




0 comments: